Wednesday, March 10, 2010

Ucapan Perasmian Blog Cravius Leonidus

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia.

Setelah mengamati aliran perkembangan teknologi semasa,saya rasa terpanggil untuk membawa batch Cravius Leonidus 0509 (CL) untuk bersama-sama meneruskan keakraban yang terdahulu dijalin selama 5 tahun di SMACH di laman sesawang.  Mungkin juga ada dalam kalangan kita yang memulakan sesi pengajian pada Tingkatan 4.  Walau bagaimanapun, hal sedemikian tidak menjadi masalah buat warga CL sekalian untuk saling bekerjasama dalam mempertingkatkan prestasi dan potensi masing-masing sebagai warga-warga SBP di mana kita semua telah ditakdirkan untuk berada di bawah satu bumbung iaitu di Sekolah Menengah Sains Machang, Kelantan. Segala pahit manis kita bersama sepanjang perjalanan kita di kampus SMACH sepatutnya dikenang sehingga ke akhir zaman dan bukannya terkubur dek kesibukan kita yang mendatang sebagai manusia biasa yang perlu berjuang untuk meneruskan hidup. Mungkin sahaja selepas ini apabila sudah berkeluarga dan berkerjaya masing-masing saling acuh tidak acuh dengan perihal rakan-rakan lama yang lain. Oleh itu, untuk megelakkan perkara sedemikian berlaku, tercetuslah idea untuk menubuhkan blog rasmi Cravius Leonidus yang telah berjaya disiapkan pada 7 Mac 2010.Dengan itu,dengan rasminya blog ini dibuka untuk tontonan umum dan insyaAllah akan digunakan dengan sebaiknya oleh semua ahli.Diharapkan dengan kewujudan blog ini, ukhuwah antara kita akan sentiasa berpanjangan dan tidak musnah ditelan zaman. Sesungguhnya apa yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang kurang elok itu datang dari kesilapan saya sendiri. Moga-moga dengan adanya blog ini, kita tidak akan terpisah walau di mana jua anda berada. Sebarang cadangan dan komentar membina amatlah dihargai. “Feedback is the breakfast of a champion” .Akhir kata, Majulah CL untuk Negara!

Lets Rock The World Glory Is Ours

Tulus ikhlas dari CLian









3 comments:

Zoidiect Archaea said...

tahniah tahniah!!

*applause!*

Cravius Leonidus said...

ur welcome

jom menROCKkan blog nih

Afiq Khalid said...

hohoho~~

Post a Comment

 
© Copyright by Cravius Leonidus  |  Template by Amiruddin Asyraf