Thursday, March 11, 2010

step by step..

Buat yang sekian kalinya,kami sekali lagi melakar sejarah dalam kalendar SMACH dengan mencatatkan pointer 1.66(anggaran tidak rasmi) untuk SPM 2009.Alhamdulillah.Pertamanya saya mewakili warga CLian merafatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kami mencatat keputusan yang cemerlang.


Tidak dilupakan juga kepada para guru,yang tidak jemu mencurahkan ilmu kepada kami walaupun kadangkalanya sikap kami amat menyakitkan hati,pentadbir,yang banyak merancang segala aktiviti seharian kami,senior,yang sanggup pulang ke kampus hijau untuk memberikan suntikan semangat dan motivasi kepada kami untuk terus melakar kejayaan,junior,yang banyak memberi kerjasama sewaktu sesi persekolahan mahu pun di asrama,ibu bapa yang banyak membantu dari segi moral mahu pun kewangan,dan akhir sekali buat teman-teman yang sentiasa mendoakan kejayaan CL.Terima kasih.                                  

Saya percaya kejayaan ini hadir bukan bagai bulan jatuh ke riba tetapi dengan kesungguhan,keazaman,tekad dan keinginan untuk menjadi yang terbaik.Memang benarlah kerana tidak akan ada kejayaan tanpa usaha dan tidak akan ada usaha tanpa pengorbanan.Namun begitu,kepada yang gagal,jangan sesekali mencuba untuk putus asa.SPM bukanlah pengakhiran bagi segala-segalanya namun sekadar satu permulaan yang tidak seberapa gahnya.Memetik kata-kata saudara Azrin selaku Ketua CL,"kalah tidak bermakna dirimu gagal,menang pula tidak bermakna dirimu sudah berjaya.Jangan kau sesekali sudah berputus asa tatkala kau temui kegagalan dan jangan sesekali kau sudah berpuas hati dengan kejayaan yang dimiliki.".Pesan dari penulis,teruskan berusaha teman.


1 comments:

ninani said...

sokay guys..
jgn putus asa dn putus harapan..
ap yg penting slagi kita ad faith trhdap Allah S.W.T..kita bisa punya kekuatan utk mghadapi ranjau kehidupan ni..
dari mana dtgnyer rezeki dn dugaan itu?
sudh pasti dtg dr Allah S.W.T..
dan Allah la Yang Maha Mengetahui akan sesuatu perkara..tidak Dia timpakan kesusahan buat kamu jikalau kamu tidak mampu menghadapinya..
yg sdh berjaya jgn cpt berpuas hati..ini adlh permulaann kpd sebuah kehidupan.

Post a Comment

 
© Copyright by Cravius Leonidus  |  Template by Amiruddin Asyraf