Sunday, July 31, 2011

mengarang untuk yang dirindui dan dikasihi tidaklah sebegini mudah.

perkhabaran untuk manusia sejagat, selamat berpuasa sebulan di bulan Ramadhan :)

sehubungan dengan itu, korang mesti belasah baju raya bergudang-gudang kan? soalan common, warna apa, tema ke, pesen apa, last last tu semua namanya baju raya. kadang, kita lupa dalam duk pilih-pilih pikir-pikir nak pakai baju raya apa tahun ni, ada orang yang tak dapat rasa pun baju raya tu macam mana, jadi bersyukurlah kita dengan apa ada :) kita nama je 19 tahun, tapi kadang-kadang perangai mengalahkan yang baby tiut tiut tu. jangan duk hentak2 kaki kalau tak boleh benda korang nak, tak senon betul haha.

masa korang umur 13-17 tahun dulu atau 16-17 tahun dulu, mesti ingat bagaimana melalui bulan puasa kat sekolah. masa form 1 toksah cakap ah, saf pertama tu kita pegang ! HAHAHAH. kalau tak penuh meja, tak sah. onde-onde selalu nak lebih. nak nak boys, memang girls kadang-kadang makan apa ada aje lah. ni tak cakap yang breakfast hari jumaat yang sangat annoying tahap gaban sebab dengan semangatnya pegi dewan makan dan finally, dapatlah sebungkus biskut tawar yang sememangnya tawar hebe. bukan nak provoke boys, aku tau korang dah hensem hensem macho gentlemen dah semua, dulu tempat beratur perempuan pun korang kebas. kitorang sound, wat derk. yang pasal supper lagilah aku tak nak mention, haha. korang faham-faham la sendiri.

tapi sebenarnya focus ni adalah puasa. makin besar, kalau dalam environment aku ni lah, ada lagi yang jenis tak cukup puasa. kawan-kawan, kita tak tau ajal kita bila, yang pasti ia tetap akan jemput kita bila-bila masa. saya ada kawan yang susah nak penuhkan puasanya. tidaklah saya mahu mention namanya tapi oleh kerana habit yang kurang digemari, dia tinggal puasa secara sengaja. tahukah anda meninggalkan puasa dengan sengaja dan tanpa sebarang keuzuran, korang ganti puasa sepanjang hidup pun tak mampu nak tampung hari yang korang tinggal dengan sengaja tu.

jadi, dengan sepuluh jari kurniaan Allah ni, serta dengan kemampuan yang ada, saya seru rakan-rakan masing-masing jaga diri di tempat orang, kuatkan iman :) Salam Ramadhan.

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright by Cravius Leonidus  |  Template by Amiruddin Asyraf