Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
waduhs2.
dah lama ye menyepi?
alahai kamu2 semua
eden mintak maaf la yok.
tak sempat nak hupdate2.
kami juga seperti anda
masih dalam kesamaran memilih jalan hadapan
masih lagi ragu2 dan berdebar2 menanti keputusan
yang bakal merubah seluruh perjalanan kehidupan ini
ada juga yang ketika ini kecewa kerana tidak mendapat apa yang diinginkan
ada juga yang gembira kerana pucuk yang dicita, ulam yang mendatang.
mari kita berbalik kepada panduan hidup kita, Al-Quran.
Surah Al-Baqarah Ayat 216 :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
saya merasakan rata-rata dalam kalangan kita sering mendengar ayat ini.
lagi2 bila membabitkan pilihan atau keputusan yang perlu dibuat secara drastik.
dan sekadar berkongsi. pernah tak baca Hatiku Milikmu hasil karya Fatimah Syarha Mohd Noordin? beliau famous dengan novel tautan hati kalau tak silap.
(maaf saya bukanlah pembaca novel tegar. sikit2 je tahu.hehe)
kalau tak pernah baca.sila lah cari dalam internet.ada je.tak payah beli.haha.
atau saya yang baru baca?
tak kisahlah kerana point saya di sini ialah mengenai keputusan
kepada yang beragama Islam kita bertunjangkan ad-deen kita.
kepada yang non-muslim, mereka berpandukan cara mereka.
berbalik kepada cerita tadi.
watak Umar Al-Mujtahid digambarkan sebagai seorang yang waro'
orang yang disegani dalam kalangan sahabat2 nya.
cukup pakej la katakan
dia mnyimpan hasrat untuk menyunting Asiah Yusro sebagai suri hidupnya
dan sesudah disunting, Asiah Yusro membiarkan Umar dalam seribu tanda tanya.
adakah risikannya diterima atau ditolak?
Padahal pada masa yang sama Asiah Yusro mengharapkan agar Umar faham bahawa diam itu tanda setuju.
namun, hati seorang manusia akhirnya diruntuhkan syaitan.
dia berputus asa dengan Asiah dan memilih jalan hitam dengan menjauhi aktiviti tarbiyah dan da'wah dan membelakangi sahabat2nya yang sama2 terdidik dengan baiknya dari Sekolah Taman Islam padahal hatinya masih pada Asiah Yusro.
malah sanggup melakukan perkara yang luar jangkaan mereka.
namun begitu, Allah masih menyayanginya. Umar kembali ke pangkal jalan.
di sinilah sahabat2nya bertindak sebagai ejen penyelamat.
Banna serta Hanif rakan kepada Umar juga sebenarnya menyimpan hasrat kepada Asiah Yusro.
namun Hanif telah dipinangkan dengan adik kembar Banna iaitu Maziah.
Banna kemudiannya menghantar rombongan meminang kepada Asiah Yusro.
Dan pada masa yang sama, Asiah Yusro teramatlah gembira dan bersyukur kerana mengingatkan bahawa pinangan ini adalah daripada Umar.
namun jangkaannya meleset. Pinangan ini dari Hassan al-Banna.
Dia terkejut dan ketika ditanya akan keputusannya. Asiah Yusro masuk ke dalam kamar dan mencapai Al-Quran peneman suka dukanya.
Lalu, Asiah menemukan ayat 216, Surah Al-Baqarah ini.
Dalam suasana yang agak mencemaskan kerana Asiah tidak memberi kata putus....
Banna memahami bahawa Asiah mengharapkan pinangan ini ialah daripada Umar.
Banna dengan beraninya menyuarakan bahawa dia datang meminang bagi pihak Umar
Umar terkejut dengan tindakannya itu! Lihatlah betapa demi membina baitul muslim yang kukuh, Banna sanggup melepaskan Asiah Yusro.
Namun, Asiah mempunyai jawapannya yang tersendiri berdasarkan ayat dari surah itu tadi.
Asiah menerima pinangan itu. TETAPI PINANGAN MANA SATU?
Dari Keluarga Hassan al-Banna untuk Hassan Al-Banna kah?
Atau Dari Hassan Al-Banna untuk Umar Al-Mujtahid?
Berdasarkan firman Allah tersebut, Asiah memilih yang pertama.
Lihatlah bagaimana seseorang itu membuat keputusan semata2 untuk mencari keredhaan Ilahi.
sama-samalah kita ambil iktibar daripada cerita ini.......
(SEBENARNYA BANYAK SAYA SKIP JALAN CERITA NI. KALAU ADA APA2 SOALAN KENA BACA SAMPAI HABIS LA CERITA TU.HAHA)
p/s:saya di sini bukan berniat untuk men-courage anda untuk berfikir tentang perkahwinan atau saentaro dengannya.sekadar mengambil cerita ini sebagai CONTOH.
cuma AIM saya ialah supaya kalian memahami hidup kita ini untuk mencari keredhaan Ilahi.
wallahualam.selamat beramal =)
Wednesday, May 5, 2010
Blog ini berhabuk.tolong cuci yer?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
rajim pnyer budaks...
hahaha~
nanti laa aku post entry laen lak....
^_^
ad orang suh kito update
kito pom update la.ahakz
bereh boh
ku menanti.keke~
Post a Comment