Assalamualaikum dan salam sejahtera rakyat-rakyat jelata CL sekalian,
Diketuk di pagi hari dengan noti di mukabuku, meminta belog CL ini di updet. Oh sungguh tiba2 rasa tidak bertanggungjawab betul diri ini kala membaca notis tersebut. Bayangkan sajalah, Homecoming dah lah tak balik, jadi penonton leleh air mata saja tengok gambar-gambar teman-teman berkumpul mesra borak-borak kesah lama dan baru. Maka merasa sedikit terpanggil untuk menghapdet belog yang..."Uhuk3.."*eh mana datang sarang labah-labah ni?
Pertama-tamanya, ingin melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana tanpa rahmat dan pertolonganNya, konpem2 lah takkan jadi kita punya program Homecoming tempoh hari kan? Maka dengan ini, sama-sama kita amik masa 1 saat(kalau dah sibuk sangat), ucap alhamdulillah dengan seikhlas hati kerana Tuhan dah bagi kita peluang untuk taburkan jasa kita kepada hadek-hadek yang dah kita anggap penyambung warisan kita di sains machang itu.
Kedua, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak sekolah khususnya admin, unit kaunseling, guru-guru dan juga staf-staf sokongan yang tidak kira secara langsung mahupun tak langsung telah membantu menjayakan program yang julung-julung kalinya di adakan di skala sebesar ini. Jutaan penghargaan diucapkan.
Dan terakhir namun ofcoz lah tak kurang pentingnya, para CLians yang bertungkus-lumus, bermatian-matian berusaha untuk menjadikan program Homecoming yang dinantikan semua orang ini menjadi satu kenyataan. Terutamanya kepada warga CLians yang sanggup turun padang biarpun deadline assignment dan jadual kelas silih berganti tetap menghujani kalian, semata-mata untuk menabur bakti pada yang sudi, memberi sedikit sebanyak motivasi dan dorongan kepada hadek-hadek kita yang bakal menduduki SPM tahun ini. Juga tidak lupa kepada warga CLians yang tidak dapat pulang untuk turut sama menjayakan program kita kali ini(sobs3.. pedih ni nak tulis ni.), diharapkan agar kalian dapat menenangkan diri dan terus bersabar kerana kita merancang, Allah jua merancang, namun perancangan Allah jualah yang terbaek. Kan? *senyum
Maka, di harapkan dengan program seperti ini, bonding antara kita tidak terus putus macam menggunting benang dengan pisau lipat sahaja, namun jadilah ia seperti air paip yang biarpun dicencang-cencang sampai lumat dan dahi sampai keluar urat sekalipun, nescaya buat lenguh tangan sahaja, percayalah. InshaAllah, di masa akan datang, diharap kita dapat lagi sama-sama berkumpul seperti ini, merenung kembali masa silam kita di zaman persekolahan, satunya kerana memori persekolahan itu, pasti tidak akan mengetuk pintu bilik kita kembali, dan duanya kisah silam itu, kita ambil pengajarannya untuk kita gunakan di masa depan kita yang tidak boleh tidak, pasti banyak liku dan ranjau yang kita kena tempuh. Sekali lagi diharapkan, agar kita terus tabah mengharungi cabaran menempuh jalan karier masing-masing yang saya yakin, penuh warna-warni dan diselang-selikan dengan gelak tawa yang bersimpang siur.
OKeyh, sebelum saya melalut dengan lebih banyak, secara personalnya ingin memohon maaf dengan warga CLians kerana tidak dapat menghulurkan bantuan dengan sepenuhnya berikutan hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Biarpun agak terkilan tidak dapat turut serta menyertai kalian dalam usaha murni ini, saya iringi kalian dengan doa dari musafir yang hina ini. (ceyhh, ayat nak sebak je.)
Sekian sahaja dari saya, mungkin next update org yg join program boleh report kat sini kot? ke xnak? hihi~
Sekian, wassalam.
Dari yang kempunan,
Afiq Khalid
Uni College Dublin, Ireland
CLians, 0509 selamanya dihati (ceyhh)
Penulis di Blue Mosque, Istanbul (Xde keje sgt lah kan nak sumbat jugak gambar aku kat sini? hee~) |
0 comments:
Post a Comment