assalamualaikum w.b.t
setelah hampir 3 bulan lbih tinggalkan sekolah, skarang kita dituntut atau lebih baik jika saya katakan diharap untuk menghadirkan diri. apa lagi peluang kita untuk berkumpul bersama-sama seperti ini? harap semua sahabat2 dapat menyihatkan diri untuk menghadiri majlis graduasi kita yang gilang gemilang ini. mungkin ada diantara kita yang tidak dapat hadir lantaran menghadapi masalah atau terpaksa menguruskan benda yang lebih penting. tapi, yang jelas, kepada yang tiada keuzuran, hadirkanlah diri untuk kita sama2 memeriahkan majlis ini. semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat kepada majlis yang akan diadakan ini.
disini, saya ingin menekankan konsep pertemuan dan perpisahan antara kita. siapa tahu, itu mungkin kali terakhir kita bertemu kawan2 kita. bukan niat meminta yang bukan2, tetapi ingatlah. kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. jadi, ada baiknya kita memperalatkan kesempatan yang sedia terbentang ini untuk bertemu lantas mengimbau semula memori2 indah semasa waktu kita masih lagi menyarung uniform sekolah.
di kesempatan yang singkat ini, warga Cravius Leonidus sudah pasti mahu meluangkan masa terakhir bersama rakan2 seperjuangan yang telah bersama selama 5 tahun, atau mungkin 2 tahun sebelum masing2 menginjakkan kaki ke dunia pengajian tinggi. dalam masa yang singkat itu juga, ketahuilah perkembangan kawan2 kamu semua agar kamu tahu dimana dan apa yang kawan2 kamu bakal lakukan dalam 5-10 tahun yang akan datang. pada masa ini juga, pertukaran nombor telefon amatlah digalakkan kerana selepas ini, sudah amat sukar untuk pertemuan sebegini diadakan dan sudah pastilah kita wajib mengekalkan hubungan erat kita selaku warga smach yang terbilang.
tanpa diri kita, hidup tiada bermakna. tanpa rakan, tiadalah makna hidup.. dan tanpa kita semua, apalah makna hidup?
sekian salam seruan konvokesyen, assalamualaikum w.b.t.
Thursday, April 15, 2010
konvo datang lagi!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
suka post ini.ntah2 esok aku tua2 korang kenal aku lagi tak?HAHA
no tepon, emel, FB, blog
(tapi sedey gak r ko pemilik2 dead blog )
(buke sek author deh =D)
Post a Comment