Friday, July 12, 2013

Ramadhan Kareem.




Selamat menyambut ramadhan buat semua warga Cravius Leonidus.
Semoga ramadhan kali ini membawa rahmat dan berkat.


Jangan sibuk dan leka 'berbazar ramadhan' sehinggakan lupa sahabat di perantauan!




July 12, 0945
Muhammad Thaqif, Sydney.


Friday, February 8, 2013

Tahniah! Tahniah! dan Tahniah lagi!

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakyat-rakyat jelata CL sekalian,

Diketuk di pagi hari dengan noti di mukabuku, meminta belog CL ini di updet. Oh sungguh tiba2 rasa tidak bertanggungjawab betul diri ini kala membaca notis tersebut. Bayangkan sajalah, Homecoming dah lah tak balik, jadi penonton leleh air mata saja tengok gambar-gambar teman-teman berkumpul mesra borak-borak kesah lama dan baru. Maka merasa sedikit terpanggil untuk menghapdet belog yang..."Uhuk3.."*eh mana datang sarang labah-labah ni?

Pertama-tamanya, ingin melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana tanpa rahmat dan pertolonganNya, konpem2 lah takkan jadi kita punya program Homecoming tempoh hari kan? Maka dengan ini, sama-sama kita amik masa 1 saat(kalau dah sibuk sangat), ucap alhamdulillah dengan seikhlas hati kerana Tuhan dah bagi kita peluang untuk taburkan jasa kita kepada hadek-hadek yang dah kita anggap penyambung warisan kita di sains machang itu.

Kedua, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak sekolah khususnya admin, unit kaunseling, guru-guru dan juga staf-staf sokongan yang tidak kira secara langsung mahupun tak langsung telah membantu menjayakan program yang julung-julung kalinya di adakan di skala sebesar ini. Jutaan penghargaan diucapkan.

Dan terakhir namun ofcoz lah tak kurang pentingnya, para CLians yang bertungkus-lumus, bermatian-matian berusaha untuk menjadikan program Homecoming yang dinantikan semua orang ini menjadi satu kenyataan. Terutamanya kepada warga CLians yang sanggup turun padang biarpun deadline assignment dan jadual kelas silih berganti tetap menghujani kalian, semata-mata untuk menabur bakti pada yang sudi, memberi sedikit sebanyak motivasi dan dorongan kepada hadek-hadek kita yang bakal menduduki SPM tahun ini. Juga tidak lupa kepada warga CLians yang tidak dapat pulang untuk turut sama menjayakan program kita kali ini(sobs3.. pedih ni nak tulis ni.), diharapkan agar kalian dapat menenangkan diri dan terus bersabar kerana kita merancang, Allah jua merancang, namun perancangan Allah jualah yang terbaek. Kan? *senyum

Maka, di harapkan dengan program seperti ini, bonding antara kita tidak terus putus macam menggunting benang dengan pisau lipat sahaja, namun jadilah ia seperti air paip yang biarpun dicencang-cencang sampai lumat dan dahi sampai keluar urat sekalipun, nescaya buat lenguh tangan sahaja, percayalah. InshaAllah, di masa akan datang, diharap kita dapat lagi sama-sama berkumpul seperti ini, merenung kembali masa silam kita di zaman persekolahan, satunya kerana memori persekolahan itu, pasti tidak akan mengetuk pintu bilik kita kembali, dan duanya kisah silam itu, kita ambil pengajarannya untuk kita gunakan di masa depan kita yang tidak boleh tidak, pasti banyak liku dan ranjau yang kita kena tempuh. Sekali lagi diharapkan, agar kita terus tabah mengharungi cabaran menempuh jalan karier masing-masing yang saya yakin, penuh warna-warni dan diselang-selikan dengan gelak tawa yang bersimpang siur.

OKeyh, sebelum saya melalut dengan lebih banyak, secara personalnya ingin memohon maaf dengan warga CLians kerana tidak dapat menghulurkan bantuan dengan sepenuhnya berikutan hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Biarpun agak terkilan tidak dapat turut serta menyertai kalian dalam usaha murni ini, saya iringi kalian dengan doa dari musafir yang hina ini. (ceyhh, ayat nak sebak je.)

Sekian sahaja dari saya, mungkin next update org yg join program boleh report kat sini kot? ke xnak? hihi~

Sekian, wassalam.

Dari yang kempunan,
Afiq Khalid
Uni College Dublin, Ireland
CLians, 0509 selamanya dihati (ceyhh)

Penulis di Blue Mosque, Istanbul
(Xde keje sgt lah kan nak sumbat jugak gambar aku kat sini? hee~)

Sunday, May 27, 2012

Oversea part I - Let the Photos Tell the Story

ZULFIKRI AHMAD



Advanced Materials Science Engineering
Sungkyunkwan University









Muhammad Alif Fitri

Engineering General 
University of Auckland






Muhammad Thaqif

Architecture 

Curtin university of technology 









Nur Aifaa Zulkifli

Bachelor of Pharmacy 

University of South Australia







Aliff Hasnan



Medicine
Tanta University






Ben Musa Ibrahim



General Medicine / Doctor of Medicine (MD)

I.M SECHENOV FIRST MOSCOW STATE MEDICAL UNIVERSITY








Alif Syafiq












to be continue
part II
&
Salam Perantau

Friday, September 16, 2011

Tahniah

Cuti woohhhh. Selamat menyambut kemerdekaan yg ke-54 & salam satu 1Malaysia. haha.
Sebelum ni hampir 14000 yg masih belum menerima sebarang tawaran pengajian ke ipta. semalam keputusan rayuan mereka telah pun keluar. Sememangnya kesemua 14000 manusia tu berkelayakkan utk smbng belajar kt mana2 u tp bil tersebut terlalu besar dan melebihi peruntukkan & tempat yg KPTM sedia. Terima kasih KPTM sebab bersusah payah buka kuota baru utk 14000 pelajar ni. Walaupun bkn kesemua 14000 ni berjaya dlm rayuan mereka ttapi ini lah hakikatnya. Unit pengambilan UiTM saja tlh membuka hampir 4000 tempat bg yg membuat rayuan. UiTM satunya universiti yg memartabatkan orang melayu/bumiputera. Sape lagi yg nak tolong orang melayu kalau bkn bangsa dia sendiri right ???mentang2 lah aku bljr kt uitm kn, bole lah aku nk puji UiTm lebih2. haha

Tahniah aku ucapkan kepada mereka yg berjaya utk smbung degree kt mana2 ipta. All the best LOL.

Tahniah lah kpd Tuan Ahmad Nizam, abe long kita. walaupun penantian satu penyeksaan dia ttap tabah tunggu rayuan uhs. wooooohh. hahaha

UiTM Dihati Ku ;)

Sunday, July 31, 2011

mengarang untuk yang dirindui dan dikasihi tidaklah sebegini mudah.

perkhabaran untuk manusia sejagat, selamat berpuasa sebulan di bulan Ramadhan :)

sehubungan dengan itu, korang mesti belasah baju raya bergudang-gudang kan? soalan common, warna apa, tema ke, pesen apa, last last tu semua namanya baju raya. kadang, kita lupa dalam duk pilih-pilih pikir-pikir nak pakai baju raya apa tahun ni, ada orang yang tak dapat rasa pun baju raya tu macam mana, jadi bersyukurlah kita dengan apa ada :) kita nama je 19 tahun, tapi kadang-kadang perangai mengalahkan yang baby tiut tiut tu. jangan duk hentak2 kaki kalau tak boleh benda korang nak, tak senon betul haha.

masa korang umur 13-17 tahun dulu atau 16-17 tahun dulu, mesti ingat bagaimana melalui bulan puasa kat sekolah. masa form 1 toksah cakap ah, saf pertama tu kita pegang ! HAHAHAH. kalau tak penuh meja, tak sah. onde-onde selalu nak lebih. nak nak boys, memang girls kadang-kadang makan apa ada aje lah. ni tak cakap yang breakfast hari jumaat yang sangat annoying tahap gaban sebab dengan semangatnya pegi dewan makan dan finally, dapatlah sebungkus biskut tawar yang sememangnya tawar hebe. bukan nak provoke boys, aku tau korang dah hensem hensem macho gentlemen dah semua, dulu tempat beratur perempuan pun korang kebas. kitorang sound, wat derk. yang pasal supper lagilah aku tak nak mention, haha. korang faham-faham la sendiri.

tapi sebenarnya focus ni adalah puasa. makin besar, kalau dalam environment aku ni lah, ada lagi yang jenis tak cukup puasa. kawan-kawan, kita tak tau ajal kita bila, yang pasti ia tetap akan jemput kita bila-bila masa. saya ada kawan yang susah nak penuhkan puasanya. tidaklah saya mahu mention namanya tapi oleh kerana habit yang kurang digemari, dia tinggal puasa secara sengaja. tahukah anda meninggalkan puasa dengan sengaja dan tanpa sebarang keuzuran, korang ganti puasa sepanjang hidup pun tak mampu nak tampung hari yang korang tinggal dengan sengaja tu.

jadi, dengan sepuluh jari kurniaan Allah ni, serta dengan kemampuan yang ada, saya seru rakan-rakan masing-masing jaga diri di tempat orang, kuatkan iman :) Salam Ramadhan.

All is fair in love and war.

(Shakespeare, Tragedy of Macbeth)

Wednesday, July 13, 2011

Sharing

Entry ni xde kena mengena dgn batch kita tp just for sharing, ok. haha
cerita ni pasal batch #0307 yg bt reunion khas sempena invitation kembali ke smach.
Lebih kurang mcm 2 in 1 laa. di samping bt program khas utk budak2 F5 Smach tahun ni (ex-adik2 angkat mereka lah, senang cerita), diorang bt sekali Grand Reunion. Program RotiBasi kot. ramai yg xdpt join reunion mybe sbb tgh stdy n xdpt cuti & mybe jgk rmai yg kat overc *ni konklusi aku lah bila tengok gambar2 diorang. ramai yg missing. dlm 1/4 je kot yg join program utk f5 tu.

- sumber ni semua aku dpt secara xsengaja d fb Faiz Zuhairi. Kalau korang belum lg friend Faiz Zuhairi, mmg xbole tgok laa pic2 ni. *credit to him*

ALBUM 1: Program RotiBasi.D2

ALBUM 2: Program RotiBasi.D3

ALBUM 3: The Grand Union of #0307

Kalau ada rezeki & kesempatan, mybe batch kita akn dipelawa oleh pihak sekolah tahun 2013. masa tu la boleh tengok Smach baru dgn fizikal & mental yg baru. InsyaAllah 2013 :) yg mmg tgh bt preparation utk overc tu xtahu laa ada peluang utk join or x. probability agak sikit ye.hehe

* sory laa, ayat terlalu skema.HAHA

 
© Copyright by Cravius Leonidus  |  Template by Amiruddin Asyraf